Klik di sini ye... ;)

Tuesday 12 July 2011

Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers

Resepi ni kakak bagi....ala, dari internet jugek katanya.... dah byk kali buat dah ni.... mesti jadik punyelah... Ok, seekor ayam tu masa beli nanti, mintaklah dia belah bahagian dada.... masa masak nanti, kepakkan ayam tu....kang kalo bakar seketul mcm tu takut belah dalam x masak plak.... owh ya, lagik satu, air+minyak+ bhn perap lebihan lepas masak tu, jgn pulak dibuang....sedap tu.... ;)

Bahan-Bahan Untuk Seekor Ayam:-

Bahan untuk perap ayam 
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih 
  • 1 inci halia
  • sos tiram+kicap pekat + lada hitam byk  ATAU 2 hingga 3 sudu besar sos lada hitam 
         ( tp my sis ckp   pakai sos  lada itam mcm kureng sket...;) )
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar oregano & 1 sudu besar basil kering or 2 sudu besar herba campuran ( me slalu pakai oregano & basil McCormick)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perap.
  • Sedikit mentega

Cara-Caranya
1. Campur kesemua bahan perap dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.(me perap semalaman.)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
5. Bakar pada suhu 180 or 200 degree selama 1 jam (bagi 200 degree) n 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (depends pada uolss punye oven or microwave.... Me pakai oven n bakar pada suhu 200degree
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Yummy....mcm makan kat Kenny Rogers...  ;)

 Tips: Bakarlah Ayam di atas baking paper supaya baking tray mudah dicuci 

No comments:

Post a Comment