Klik di sini ye... ;)

Monday 11 July 2011

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan berlaku di Beijing. 

Hari pertama 18/3/2011 - kami sampai di Beijing, tiada aktiviti di waktu malamnya. Maka saya dan rakan mengambil keputusan untuk mengikut Tour Guide (TG) menaiki Subway (LRT bawah tanah) untuk pergi ke Silk Market yang terletak 25km daripada hotel dengan tujuan untuk membeli belah. Jarak antara restoren dengan  stesen subway lebih kurang 2km. Berpeluh juga kami menapak malam tu (walaupun musim sejuk). TG hanya hantar kami sampai ke Silk Market dan kami kena pulang sendiri ke hotel kemudiannya. 

Setelah puas bershopping sehingga semua kedai tutup, kami berdua pun keluar dari Silk Market. Jam ditangan menunjukkan jam 10.00 malam. Kami berpendapat bahawa menaiki teksi lebih selamat daripada menaiki subway. Jika menaiki subway, kami akan terpaksa menapak dalam keadaan gelap sejauh 2km dari stesen subway ke hotel.

Keadaan di luar Silk Market dipenuhi dengan penjual jalanan agresif yang berani menarik-narik baju kami untuk menjual barangan mereka. Bila tidak dilayan, kami  ditengking dan dimarahnya…huhuhu. Di China, tidak ramai yang boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Dan kami berdua pula memang tidak boleh berbahasa Mandarin. Maka, cabaran pun bermula.
Ulat-ulat teksi yang berkeliaran bertindak mengerumuni kami. Bila kami sebut nama hotel, tidak seorang pun yang tahu. Nasib baik kami membawa kad hotel. Tetapi kami bertambah panik kerana tiada seorang pemandu teksi pun yang mengetahui alamat hotel yang tertulis pada kad itu. Salah seorang daripada pemandu teksi itu bertindak mengambil kad dan menelefon hotel kami. Jika lihat rupa dan gayanya, pemandu-pemandu teksi di situ seperti samseng dan mafia. Mereka menjerit-jerit dan berebut-rebut menarik beg plastik yang penuh dengan souvenior dan baju-baju yang telah kami beli. Memang menakutkan. Setelah beberapa minit bergaduh di talian telefon, pemandu itu mengenakan 100yuan untuk tambang teksi. Kami diberitahu oleh TG bahawa tambang sepatutnya 20 hingga 30yuan untuk pulang ke hotel. Nampaknya, pemandu-pemandu teksi itu mengenakan caj lebih 5 kali ganda. Pergh!! Kami bertegas menyuruh mereka menggunakan meter. Tapi mereka kata ”Yes Meter.....100yuan”... wahh...itu sudah RM 50!!! Bila kami geleng kepala.....mereka marah-marah. Kawan saya sudah hampir mahu menangis mengenangkan kami akan terkandas dengan mafia-mafia itu. Sudahlah kami berdua ni perempuan. Macam-macam yang terlintas difikiran kami. Jika kami nekad menaiki teksi 100 yuan itu, adakah terjamin kami akan selamat sampai ke hotel? Kalau mereka mahu, mereka boleh bunuh je kami berdua di tengah jalan dan rompak segala duit yang kami ada....huhuhu. Setelah sejam kami di situ, akhirnya, kami telah dibantu oleh dua pelancong dari Arab yang fasih berbahasa Mandarin. Mereka juga pernah menetap di Beijing selama 4 tahun. Bersusah payah mereka berdua bergaduh dengan ulat-ulat teksi dan berkejar-kejaran mendapatkan teksi untuk kami. Mereka juga sanggup menemani kami sehingga ke depan pintu hotel untuk memastikan tambang teksi tidak dinaikkan di tengah jalan. Kami sungguh bernasib baik pada malam itu dan tambang yang dikenakan kepada kami cumalah 30yuan....RM15. Tapi yang penting....KAMI BERDUA SELAMAT!! 
Inilah tempat kami terkandas


No comments:

Post a Comment