Klik di sini ye... ;)

Thursday 14 July 2011

Apam Polkadot (1st try)

Selalunya orang buat apam polkadot, apam dot dot, apam telur dinasour macam-mana nama lagilah. Semuanya berdasarkan resepi yang sama.... cuma finishing jew yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing.... disebabkan apam ni so cute, me pon try jugaklah..... tp hasilnya seperti dlm gambar yer... disebabkan tiada polkadot, maka saya namakannya Apam Colourful. If Uolls xde penimbang mcm me, agak2 je gunakan sukatan cawan. Me buat jadik jugak (Sumber resepi - sheely@myresepi.com).


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum( 1 cawan = 125g)
  • 220 gm gula halus (1 cawan = 200g)
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@coklat or apa2 ikut citarasa
  • pewarna 
Cara-Caranya:
  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan (Me try letak nuttela...yummeh!! letakkan filling dengan secara membulat)
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak 
Kukus menggunakan acuan lompang dengan api sederhana

my sis ckp mcm cupcake... but this is small size cup cake...almond london papercup ok.
 

Tips: 
1) Pukul adunan sehingga ia pekat dan likat sebelum diletakkan ke dlm papercup
2) If filling jatuh ke bawah maksudnya adunan belum cukup likat

 

No comments:

Post a Comment