Klik di sini ye... ;)

Thursday, 11 August 2011

Kuih Cara Berlauk

Rasa teringin sangat nak makan kuih cara berlauk. So, hari puasa yang ke 11, saya telah membuat eksperimen masak kuih cara berlauk tanpa menggunakan acuan dan bakar menggunakan oven...;p. Hasilnya sangat2 memuaskan. Kalau nak cuba, di bawah ni resepinya....


Bahan-Bahan Kuih Cara
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • garam /gula (sket jek gulanya...kasik lemak2...not bagi manis ...me x suka manis)
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit (kalau nak letak pewarna kuning pon bole)
Bahan Topping (lauk)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 sudu rempah kari ayam
  • 2 sudu kecil udang kering
  • 6 keping daging burger yang dicincang @ daging cincang
  • lada sulah secukup rasa (optional)
  • 1/2 biji capsicum (lada benggala) dipotong dadu
  • daun sup dan daun bawang (Daun kucai pon boleh) yang dihiris halus
  • bawang goreng (optional)
 Cara-cara:-
1) Gaulkan kesemua adunan kuih cara di atas dengan sebati. Campurkan air sedikit demi sedikit (Jangan terlampau cair)
2) Tumbuk halus bawang, bawang putih, halia dan udang kering. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yang telah ditumbuk. 
3) Masukkan serbuk kari yang telah dicampurkan air (sedikit shj airnya untuk melembapkan serbuk kari)
4) Setelah naik minyak, masukkan daging cincang dan tumis hingga daging masak. Jika pakai daging cincang, pastikan daging empuk dahulu dengan memasukkan air sedikit. Saya menggunakan daging burger sebab lebih mudah, sedap dan empuk... ;)
5) Masukkan capsicum, daun sup, daun bawang, daun kucai dan garam secukup rasa.
6) Masukkan sedikit shj topping ke dalam adunan tepung tadi dan dikacau rata. Saya x suka kuih cara yg kosong....
7) Sapukan mentega pada acuan/ dulang kaca. Kalau tiada acuan kuih cara, acuan muffin atau apa2 pun bole. Since that acuan kuih cara semuanya dirumah mak (lupa nak pinjam kekekek), jadik terpaksa la masukkan adunan ke dulang kaca jek....;p
8) Bakar adunan pada suhu 160C dan bakar 20 minit atau hingga masak. Hiaskan topping selebihnya diatas adunan selepas 5 minit. taburkan juga bawang goreng sekadar memeriahkan rasa kuih..;)


My hubby sgt2 suka kuih ni....alhamdulillah... ;)


Selamat Mencuba!!






No comments:

Post a Comment