Klik di sini ye... ;)

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, 9 September 2011

Aktiviti 'Meremis' di Kuala Sungai Baru,Melaka

Dah lebih seminggu me bercuti memblogging...;p. Musim2 raya ni memang penat.... penat mengemas rumah, melayan tetamu, memasak...huhuhu... apa pun, ri ni carik jugak masa utk share jalan2 raya kami...

Mcm tahun2 lepas, musim raya or x raya, kalau dah balik kg atuk kat melaka tu, mesti kami akan 'meremis'. Meremis?? hehehe...mesti ramai yang xtahu apa tu meremis... bukan mengemis tau...wakakak... Ekceli meremis ialah singkatan yg aku reka sendiri bagi 'mencari remis'....

Bagi yang duduk di pesisiran pantai...mesti kenal makhluk ni. Bawah ni adalah gambo pantai kuala sungai baru yang menjadi sasaran kami pada raya ke-4 yang lalu... kalau org len sibuk beraya umah saudara, kami sibuk beraya kat tepian pantai...hehehe

Pantai Kuala Sungai Baru, Melaka   
Kalau korang tengok aktiviti korek mengorel pasir kat tepi2 pantai, maknanya tgh carik remis la tu...;p 
Ni lah rupe remisnya.... ;)
Senang ke nak carik remis ni?? Hmm...bg saya sgt2 senang.... cuma remis ni ada musim.... kalau xde musimnya, hasil pon sket je la... Untuk carik remis ni, kuis2 pakai kaki je....kalo ada penggali lagik bagus ... jgn lupa bwk mangkuk tapis (mangkuk yang ada lubang2). Ini supaya pasir2 dapat ditoskan dengan basuh guna air laut . Seelok2 nye, remis biarlah dibasuh guna air laut... Sebab bila dah kena air paip, matilah remis2 tu sebelum kena rebus lagik... so kureng sket la freshnya.

hehehe....nilah hasil kerja keras kami...;)

Resepi Remis rebus:-
Basuh remis bersih2.... buang pasir2 laut dan toskan

1) 1 btg serai diketuk
2) 1 biji cili dihiris
3) 1 Bawang besar dihiris
4) Garam secukup rasa
5) Air separas remis

Selain daripada rebus mcm ni, bole jugak wat sambal, cucur dan rencah utk mee, mihun, masak sayur pengganti ikan bilis or udang.... 

So, pada sesiapa yang rajin ke pantai2 diseluruh malaysia ni, rajin2 la carik remis . Remis ni kecik2 je... so, atuk saya panggil...'kuaci laut'... kalo dah stat makan, mmg x brenti punye... Hujung tahun lepas, masa kami melawat Pulau Pinang, kami bernasib baik dapat meremis di Tanjung Bungah. Pada pendapat kami, kat sana remisnya lagik besar2.... Nanti kalau jupe gamba remis tanjung bungah saya edit balik ek.... ;)

Monday, 22 August 2011

Mee Rojak India

Resepi ni khas untuk kawanku yg jauh diperantauan... Agak2, bole dapat x keledek kat sana? Xpe beb, ko pakai ubi kentang pon ok... tp rasa dia a bit difference je la... Apa pun, u shud try this... ;)
 
Bahan (5-6 orang makan)
  • 1 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1/4 st baking powder
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • 1st gula
  • 1/4 st garam
  • 125 ml air
  • kalau rajin, bole buat cucur daun kucai+taugeh untuk tambah2...;)
Bahan Kuah
  • 300g keledek
  • 1.5 litre air
  • sedikit air asam jawa
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 2 biji lada merah - kisar
  • 2 sudu udang kering - kisar
  • Garam secukup rasa
  • 3 sb gula
  • 20g kacang tanah - digoreng & kisar halus
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1/2 sb cuka / lemon
  • minyak untuk menumis
Bahan Rojak
  • 1 bungkus mee dicelur    
  • Tauhu goreng -potong
  • 3 biji telur direbus (atau lebih)
  • Timun dihiris halus
  • Taugeh dihiris halus
 
Cara-caranya
1) Untuk cucur: Campurkan semua bahan kecuali telur. Gaulkan sehingga sebati dan perap selama 1jam
2) Masukkan telur dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak
3) Bagi kuah: Rebus keledek sehingga empuk, kisar dengan air yang telah dicampur air asam jawa. Tapis dan ketepikan
4) Tumis bawang, cili merah dan udang kering sehingga garing. Tuang Keledek dan kacau. Setelah mendidih, masukkan garam gula dan air asam jawa. Kacau selalu dengan api perlahan
5) Masukkan kacang tanah, kicap pekat dan cuka. Masak hingga terbit minyak.
6) Garam dan gula secukup rasa.  Makan kuah bersama2 mee, telur rebus, taugeh dan timun

Sunday, 21 August 2011

Resepi Bubur Lambuk

Resepi ni me dapat dari Penyelia Asrama Menara Kenanga Kuala Lumpur....Puan Fatimah namanya... dlm me sibuk nak survey keadaan asrama, sempat gak Puan Fatimah ni menurunkan ilmu2 memasaknya...TQ puan... dlm bulan puasa ni, dah 2x saya buat... Masak gunakan periuk nasi elektrik....senang sgt...So, ari ni saya kongsi la ek resepi Puan Fatimah ni. Kepada sahabat saya Norazfahani, cuba jgn x cuba ye resepi ni...;)



Bahan-bahan (untuk 5-6 orang)

1 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak masak
sedikit campuran halba,jintan kasar n halus
penumis (kulit kayu manis+ 2 bunga lawang+ 2 buah pelaga+ 2 bunga cengkih) 
2 helai daun pandan (disimpul)
3 btg serai diketuk
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 sudu udang kering  
3 genggam beras yang dicuci bersih 
3 cawan air atau lebih
1 mangkuk daging dihiris halus (Bole juga letak ayam ke, udang ke,ikut suka)
1 sudu Rempah sup/rempah kurma
1/2 cawan santan 
Sayur campur (Lobak merah, kobis bunga, baby corn n etc) 
Garam dan gula 
Hiasan: Daun sup, daun bawang dan bawang goreng


Cara-caranya;-
1) Tumiskan campuran halba dan jintan bersama2 bahan2 penumis, daun pandan dan serai
2) Setelah wangi, masukkan udang kering. Kemudian masukkan halia, bwg besar dan bwg putih yang telah dikisar
3) Bahan2 yang telah ditumis dan beras yang telah dibasuh bersih dimasukkan ke dalam periuk nasi elektrik
4) Masukkan air, daging dan masaklah seperti biasa
5) Setelah beras kembang, masukkan sayur dan serbuk sup atau serbuk kurma (atau campur dua2 pon x apa...;))
6) Apabila sudah hampir masak, masukkan santan, garam dan secubit gula...
7) Hiaskan bubur lambuk dengan daun sup dan sebagainya....


SIAP!! SEDAP!! Selamat Mencuba....


Tips: Pastikan periuk nasi anda tidak ditutup rapat

Thursday, 11 August 2011

Kuih Cara Berlauk

Rasa teringin sangat nak makan kuih cara berlauk. So, hari puasa yang ke 11, saya telah membuat eksperimen masak kuih cara berlauk tanpa menggunakan acuan dan bakar menggunakan oven...;p. Hasilnya sangat2 memuaskan. Kalau nak cuba, di bawah ni resepinya....


Bahan-Bahan Kuih Cara
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • garam /gula (sket jek gulanya...kasik lemak2...not bagi manis ...me x suka manis)
  • 1/2 sudu kecik serbuk kunyit (kalau nak letak pewarna kuning pon bole)
Bahan Topping (lauk)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 sudu rempah kari ayam
  • 2 sudu kecil udang kering
  • 6 keping daging burger yang dicincang @ daging cincang
  • lada sulah secukup rasa (optional)
  • 1/2 biji capsicum (lada benggala) dipotong dadu
  • daun sup dan daun bawang (Daun kucai pon boleh) yang dihiris halus
  • bawang goreng (optional)
 Cara-cara:-
1) Gaulkan kesemua adunan kuih cara di atas dengan sebati. Campurkan air sedikit demi sedikit (Jangan terlampau cair)
2) Tumbuk halus bawang, bawang putih, halia dan udang kering. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yang telah ditumbuk. 
3) Masukkan serbuk kari yang telah dicampurkan air (sedikit shj airnya untuk melembapkan serbuk kari)
4) Setelah naik minyak, masukkan daging cincang dan tumis hingga daging masak. Jika pakai daging cincang, pastikan daging empuk dahulu dengan memasukkan air sedikit. Saya menggunakan daging burger sebab lebih mudah, sedap dan empuk... ;)
5) Masukkan capsicum, daun sup, daun bawang, daun kucai dan garam secukup rasa.
6) Masukkan sedikit shj topping ke dalam adunan tepung tadi dan dikacau rata. Saya x suka kuih cara yg kosong....
7) Sapukan mentega pada acuan/ dulang kaca. Kalau tiada acuan kuih cara, acuan muffin atau apa2 pun bole. Since that acuan kuih cara semuanya dirumah mak (lupa nak pinjam kekekek), jadik terpaksa la masukkan adunan ke dulang kaca jek....;p
8) Bakar adunan pada suhu 160C dan bakar 20 minit atau hingga masak. Hiaskan topping selebihnya diatas adunan selepas 5 minit. taburkan juga bawang goreng sekadar memeriahkan rasa kuih..;)


My hubby sgt2 suka kuih ni....alhamdulillah... ;)


Selamat Mencuba!!






Tuesday, 12 July 2011

Experimen Pavlova


Ekceli eksperimen wat pavlova ni, me buat last month sempena bufday org tersayang. Masa tu, dekat wall FB Puan Nanirostam ada mention pasal kek ni. Me tengok memang terliur habis.... So, me pon masuk la blog puan nani.... Inilah resepi Pavlova yang dah ditranslate kepada Bahasa Melayu ye dan ada la tambahn sket.... ;)

Masa penyediaan: 40 min
Masa untuk bake: 1 jam 15 min
Jumlah masa : 1jam 55 min

Bahan-Bahan 
  • 4 biji telur putih pada suhu bilik (make sure tiada kuning telur setitik pun)
  •  1 cawan gula kastor/ berry sugar 
  • 1 sudu teh cuka putih (cuka makan)
  • 1/2 sudu tepung jagung yang diayak
  • 1/2 sudu pure vanilla extract (lain tau dengan vanilla essence..tapi kalau dah x jupe bole jugek pakai vanilla essence)
  • secubit garam
  • 1/2 cawan whipping cream ( me pakai Anchor Brand) 
  • Buah-buahan segar (strawberry, blueberry, kiwi, dragonfruit, passion fruit, pisang - bagi elakkan pisang menjadi lebam, sapukan dengan perahan lemon)
Cara-Caranya:-
1) Panaskan oven pada suhu 140C. 
2) Pastikan kesemua peralatan memasak di cuci bersih dan kering.
3) Pukul putih telur sehingga kembang
4) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit ( jangan masukkan sekaligus yer). Pukul sehingga kesemua gula hancur (rasa dengan jari)
5) Setelah adunan kembang (adunan seperti berkilat), masukkan tepung jagung, cuka dan vanila. Gaul rata. Adunan ini dipanggil meringue
6) Alaskan baking tray dengan baking paper. Bentukkan adunan tadi di atas baking paper
7) Bakar meringue yang sudah dibentuk dengan oven selama 1jam 15min sehingga berwarna keperangan
8) Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit. Pastikan meringue sejuk sebelum dihias. Meringue yang sejuk akan pecah dan tenggelam sedikit di bahagian tengah.- normal
9) Pukul whipping cream sehingga kembang dan hiaskan meringue dengan buah-buahan segar yang telah dihiris. 

saya belajar wat pavlova di sini... ;)

Eksperimen kedua.... kurangkan sukatan gula... sedap tapi x crispy

Tips: 
1) Untuk memastikan peralatan anda bersih dari minyak...oleskan lemon pada setiap alat dan kemudian bersihkan dan keringkan
2) Untuk memastikan putih telur cepat kembang dan cantik, titiskan 2-3 titik lemon@cuka

Resepi Bonda : Ikan Jaket (Cencaru) Sumbat without Coconut

Bahan-Bahan:
  • 2 Ekor Ikan Jaket Yang Besar - Belah belakang
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji cili merah - tambah cili api kalau nk pedas
  • 1/2 inci halia
  • 3 btg serai
  • Sedikit Belacan - Bagi yang alergik, xpayah masuk pon xpe. Tp for me lagik sedap bila ada belacan... ;)
  • Garam Secukup Rasa(My mum kalo masak mmg letak pak aji... tapi my sis plak letak kiub ayam... Me, mmg x suka n kalau boleh x letak pak aji or kiub )
Cara-Caranya:
1) Tumbuk kesemua bahan2 di atas sehingga lumat
2) Sumbatkan kesemua bahan yang telah lumat ikan yang  
   telah dibersihkan
3) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing