Bahan-bahan (kuantiti biskut bergantung pada saiz uolls buat la...lebih kurang 2 balang kecit tu)
- 1 tin minyak sapi (QBB or apa2 brand yang korang suka)
- gula icing (sukatannya mengikut saiz tin minyak sapi yang korang pakai)
- tepung gandum (my mum kata ikut sukatan tin minyak sapi.... tapi selalunya adunan mcm x cukup tepung jek - anggaran lebih kurang 1 1/2 tin- 2 tin minyak sapi tadi)
- ceri untuk hiasan
1) Pukul minyak sapi dengan gula icing sehingga kembang. Pukul sehingga adunan menjadi putih dan gula sudah sebati
2) Masukkan tepung gandum yang sudah di ayak sedikit demi sedikit. Gaul adunan dengan sabar. Dari pemerhatian saya, adunan dikira cukup tepung apabila adunannya sudah tidak melekat pada mangkuk/tangan. Adunannya agak lembik dan bukannya tidak melekat pada tgn 100%. Maybe ramai yang akan marah jika bagi resepi mcm x cukup sifat je ek... Jangan marah. Kalau uolls x pasti sama ada tepung sudah cukup atau tidak, cuba gentelkan menjadi bulat2.... dan bakar dengan kuantiti yang sedikit dahulu... sekiranya rangup dan tidak keras mcm batu, adunan uolls tu dikira lulus la yek.
3) Sapukan baking tray dengan tepung supaya biskut tidak melekat apabila masak. Gentelkan adunan menjadi bulat2 sebesar guli dan letakkan terus pada baking tray. Biskut akan mengembang semasa dibakar. Oleh itu, pastikan jarak antara biskut tidak terlalu rapat.
4)Hiaskan ceri di bahagian tengah. (pastikan ceri ditekan sedikit agar ianya tidak mudah tertanggal apabila sudah masak)
4) Bakar pada suhu 160C selama 15minit
p/s: Kalau anak buah saya bole buat biskut ni, takkan uolss x bole buat. Apa pun, selamat mencuba yek... Rasa biskut ni macam susu....dats y biskut ni biskut wajib keluarga kami... ;)
No comments:
Post a Comment