Klik di sini ye... ;)

Wednesday, 27 July 2011

Tempahan Kek Lapis Sarawak Di buka

KEK LAPIS SARAWAK - HOME MADE QUALITY RECIPE


Kengkawan semua, tempahan raya bagi kek lapis sarawak kini dibuka. Tempahan dibuka sehingga 12 August 2011. Semua kek lapis fresh from factory. Bagi tempahan yang melebihi 20 pcs (dari LIST A sahaja), akan diberikan harga ahli. PM me for further info ok....

LIST A (16 JENIS)


LS001 - PANDAN SURABAYA (RM 23)

LS002 - LAPIS COFFEE (RM 23)














LS003 - LAPIS EVERGREEN (RM 23)
















LS 004 - LAPIS MASAM MANIS (RM 23) 



LS005 - LAPIS PEPERMINT (RM 23)
























LS006 - LAPIS PRUNE (RM 23)










LS 007 - LAPIS STRAWBERRY (RM 23)















LS 008 - MILO HORLICK (RM 23)


















LS013 - KEK LAPIS REMPAH (RM 23)



LS014 - KEK LAPIS TEMBIKAI (RM 23)






























LS009 - LAPIS CHEESE (RM 25)





















LS010 - LAPIS KENYALANG (RM 30)










LS011 - SISIK IKAN (RM 30)



LS012 - LAPIS INDIA @ COKLAT CADBURRY (RM 40)





















LS015 - KEK LAPIS SUTERA DUBAI (RM 23)




LS0016 - LAPIS ALMOND CHOCLATE (RM 23)




























Saiz Kek
Saiz A : 8" x 2.5" x 2.5" (450gm ++)
Saiz B : 8" x 8" x 2.5" (1 Kg ++)


LIST B (next entri)
Saiz Kek : 8" x 2" x 2" (420gm++)

Sunday, 24 July 2011

Tips Blog Meletup dari Budiey.com

Setelah seminggu bercuti ke Jakarta-Bandung, hari ni nak sambung balik post yang tergantung ri tu..... TIPS BLOG MELETUP DARI BUDIEY.COM (PROJECT ALPHA SEASON 1)

1) Entri Mantap 
- Untuk mendapatkan entri yang mantap, blogger mestilah mempunyai semangat yang kental ....niat mesti tulus. Kalau tiada  kedua2nya...maksudnye entri kita tu kosong... xde apa pon... ;)


2) Unik   
- Dipengaruhi oleh suasana. Macam budiey.... dia kata ilham dia datang masa dia tengah mandi...buang air ??aiyak!! manyak busuk la ini macam ;p

3) Perkataan 
- Untuk dapatkan hits yang banyak, gunakan tag (aplikasi wordpress). Ambil perkataan yang berkemungkinan besar akan dicari di google atau yahoo

4) Basic           
- Pilih tajuk yang sesuai dengan gambar-gambar. Jangan ambil gambar yang  sama dengan blog lain....

5) Daftar RSS Feed 
- Ini untuk hantar ke email-email orang lain secara automatik...


Dari tips2 yang dishare oleh budiey.... banyak lagik mende yang aku xtau pasal blogging ni.... apa tu wordpress?? and camne nk daftar RSS Feed....aiyak... lemau betui la nak carik info pasal ni....hmmmm

ok semua tips di atas tu me simpulkan dari vid youtube dibwh ni yer....





















 

Thursday, 14 July 2011

Siapa Budiey.com ??

Ok, hari ni me nak kaji siapa pulak Budiey.com yang menjadi rival kepada beautifulnara.com. Aku hanya 'kenal' Budiey melalui Project Alpha Season 1.... so, semalam aku dah layan youtube untuk tengok beautifulnara vs budiey. Dan ada la baca sket2 blog Budiey untuk perkembangan gossip terkini. So, bawah ni finding aku:-

Siapa Budiey?

  •  full time blogger yang juga aktif ber'twitter' dan 'Fb' 
  • sudah berkahwin
  •  photographer yang suka amik gambo candid artis,videoman, content provider, copy writer, copy writer, penulis iklan & advertorial. - patutlah Budiey kenal ramai artis kan...;)
  • Obses dengan filem seram & thriller. 
  • Antara Gossip panas:-  
      - pernah dimarahi oleh manager Misha Omar kerana amik 
        gambar kandid
         - pernah kutuk Kak Ogy 
        kutuk gigi Kak Ogy kuning and cakap Kak Ogy kedekut nak 
        gi putihkan gigi (Pergh...mmg lazer ko ni yerr....huhuhu)
  • Bermula dengan gosip2 mengkritik artis. 
      - Namun disebabkan beliau sudah kenal ramai artis, maka gosip
        yang di tulis lebih ber'tapis'.... (biasalah orang nak job... 
        kang kutuk lebey2 kang, melepaslah job kan) 

Tips-tips untuk blogger untuk berjaya yang dikongsi oleh budiey akan dipost pada entri satu lagik...;)

 

Apam Polkadot (1st try)

Selalunya orang buat apam polkadot, apam dot dot, apam telur dinasour macam-mana nama lagilah. Semuanya berdasarkan resepi yang sama.... cuma finishing jew yang berbeza mengikut kreativiti masing-masing.... disebabkan apam ni so cute, me pon try jugaklah..... tp hasilnya seperti dlm gambar yer... disebabkan tiada polkadot, maka saya namakannya Apam Colourful. If Uolls xde penimbang mcm me, agak2 je gunakan sukatan cawan. Me buat jadik jugak (Sumber resepi - sheely@myresepi.com).


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum( 1 cawan = 125g)
  • 220 gm gula halus (1 cawan = 200g)
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@coklat or apa2 ikut citarasa
  • pewarna 
Cara-Caranya:
  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan (Me try letak nuttela...yummeh!! letakkan filling dengan secara membulat)
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak 
Kukus menggunakan acuan lompang dengan api sederhana

my sis ckp mcm cupcake... but this is small size cup cake...almond london papercup ok.
 

Tips: 
1) Pukul adunan sehingga ia pekat dan likat sebelum diletakkan ke dlm papercup
2) If filling jatuh ke bawah maksudnya adunan belum cukup likat

 

Wednesday, 13 July 2011

Tips Blog Beautifulnara Meletop!!


Ni tips2 oleh beautifulnara untuk para blogger (kutip kat youtube) :-

1) Tulis apa yang ko nak tulis - jgn peduli apa orang fikir
2) Jangan skema mcm Utusan Malaysia
3) Buat lawak2 sket and letak gambar2 yang funny
4) Brand urself - mcm beautifulnara ada kak nara...
5) Tulis waktu malam - masa ni ide dtg mencurah2
6) Jangan tulis benda yang korang x suka... kalo suka pasal kamera tulis la pasal kamera hokey
7) Blog biar simple tapi lawa and senang nak loading... coz org x suka tgu lama2
8) Isi lebih penting dari design blog
9) Cara untuk famous dalam dunia blog- hentam blogger2 yang famous mcm budiey.com ke, redmummy.com ke, kennysia ke... (contoh la wei )
10) Tajuk yang meletop - Capture reader daripada tajuk korang w'pun isi nya biasa2 aja...contoh : " Aksi Melampau Artis yang terlalu Melayu" wakakaka... kelako la ko
11) Listen to readers - Apa yang readers nk tahu 

Tips2 ni me simpulkan dari vid youtube dibawah ni ok...;p







Ok...skrg aku nak layan project alpha budiey.com... apa plak tips dari budiey ni ek....

Siapa Beautifulnara?? BeatifulNara Takut Tinggi??

"Nak berjaya dalam dunia blog, maka kena la kenal blogger2 yang famous amous ni"- advised fm my friend.

So hari ni, me kaji siapa beautiful nara nih?? Me masuk blog beautifulnara. Ingatkan perempuan... rupenye lelaki la..... Tapi siapa lelaki ni? macam mana blog dia bole meletup? Try gugel...tapi mcm malas nk baca satu2. So, pegi kat youtube, tekan beautiful nara. Tu dia... 
Tahun 2009 video-video ni di upload. Project Alfa S1... 
Ini kesimpulan aku pasal beautifulnara:-


  •  seorang lelaki yang bernama Ahmad Nazuwan 
  • top entertainment blogger (Gosip artis terhangat)
  •  rumah parents di Sungai Buloh
  •  Ayahnya seorang guru dan juga merupakan penulis buku akademik ( no wonder la kan...;p)
  •  Study kat Korea bidang accountant
  •  Beautifulnara means= Beautiful Country ( Nara - Bahasa Korea)
  • Beautiful Wife - Fadzlin Binti Zulkifli ( masa Project season 1 ni baru GF la ye)
  • Bestfriend - Hilmi .... hey i know this guy... nak kena korek rahsia nazuwan la pas ni ;p
  • rival - Budiey.com 
  • Takut Tinggi.... apalah beautifulnara ni.... seb baik bini berani tolong gantikan dia masa challenge reverse bungee jumping.
 
Muka nak nangis tu....wakakak


 Tabik spring sama beautifulnara wifey.... very brave type.... n very beautiful!!!
  
Apa pun dalam cabaran reverse bungee jumping ni, beautifulnara telah kalah dengan budiey.com .... 
 
Di youtube juga ada tips2 daripada beautifulnara untuk menjadi blogger yang berjaya... ni akan aku kongsi di entri akan datang ye... ;)


Tuesday, 12 July 2011

Experimen Pavlova


Ekceli eksperimen wat pavlova ni, me buat last month sempena bufday org tersayang. Masa tu, dekat wall FB Puan Nanirostam ada mention pasal kek ni. Me tengok memang terliur habis.... So, me pon masuk la blog puan nani.... Inilah resepi Pavlova yang dah ditranslate kepada Bahasa Melayu ye dan ada la tambahn sket.... ;)

Masa penyediaan: 40 min
Masa untuk bake: 1 jam 15 min
Jumlah masa : 1jam 55 min

Bahan-Bahan 
  • 4 biji telur putih pada suhu bilik (make sure tiada kuning telur setitik pun)
  •  1 cawan gula kastor/ berry sugar 
  • 1 sudu teh cuka putih (cuka makan)
  • 1/2 sudu tepung jagung yang diayak
  • 1/2 sudu pure vanilla extract (lain tau dengan vanilla essence..tapi kalau dah x jupe bole jugek pakai vanilla essence)
  • secubit garam
  • 1/2 cawan whipping cream ( me pakai Anchor Brand) 
  • Buah-buahan segar (strawberry, blueberry, kiwi, dragonfruit, passion fruit, pisang - bagi elakkan pisang menjadi lebam, sapukan dengan perahan lemon)
Cara-Caranya:-
1) Panaskan oven pada suhu 140C. 
2) Pastikan kesemua peralatan memasak di cuci bersih dan kering.
3) Pukul putih telur sehingga kembang
4) Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit ( jangan masukkan sekaligus yer). Pukul sehingga kesemua gula hancur (rasa dengan jari)
5) Setelah adunan kembang (adunan seperti berkilat), masukkan tepung jagung, cuka dan vanila. Gaul rata. Adunan ini dipanggil meringue
6) Alaskan baking tray dengan baking paper. Bentukkan adunan tadi di atas baking paper
7) Bakar meringue yang sudah dibentuk dengan oven selama 1jam 15min sehingga berwarna keperangan
8) Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit. Pastikan meringue sejuk sebelum dihias. Meringue yang sejuk akan pecah dan tenggelam sedikit di bahagian tengah.- normal
9) Pukul whipping cream sehingga kembang dan hiaskan meringue dengan buah-buahan segar yang telah dihiris. 

saya belajar wat pavlova di sini... ;)

Eksperimen kedua.... kurangkan sukatan gula... sedap tapi x crispy

Tips: 
1) Untuk memastikan peralatan anda bersih dari minyak...oleskan lemon pada setiap alat dan kemudian bersihkan dan keringkan
2) Untuk memastikan putih telur cepat kembang dan cantik, titiskan 2-3 titik lemon@cuka

Resepi Bonda : Ikan Jaket (Cencaru) Sumbat without Coconut

Bahan-Bahan:
  • 2 Ekor Ikan Jaket Yang Besar - Belah belakang
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji cili merah - tambah cili api kalau nk pedas
  • 1/2 inci halia
  • 3 btg serai
  • Sedikit Belacan - Bagi yang alergik, xpayah masuk pon xpe. Tp for me lagik sedap bila ada belacan... ;)
  • Garam Secukup Rasa(My mum kalo masak mmg letak pak aji... tapi my sis plak letak kiub ayam... Me, mmg x suka n kalau boleh x letak pak aji or kiub )
Cara-Caranya:
1) Tumbuk kesemua bahan2 di atas sehingga lumat
2) Sumbatkan kesemua bahan yang telah lumat ikan yang  
   telah dibersihkan
3) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing

Jom Serbu McD - Buy 1 Get 1 Free


Jom kengkawan.... Duolicious tower of juicy beef & cheese.... Buy 1 get 1 free. Hurry2...until tomorrow only (13 July 2011 ). Uolls beli 1,free 1 bagi me hokey... Bila lagik nak wat amal jariah kan....wakakaka.

Print saje ini kupon.... black and white will do...

Alternator bumblebeeku yang da kong!!

Alternator kereta

Ok berbalik pada insiden yang berlaku last week, 8 Jun, pasal bumblebee aku yg tanjat tu kan... So, kat atas ni la penyebabnya. Iyalah.... bila umur keta dah tahap2 dinasour ni (7 thn sudah) mmg mcm2 la fiilnye kan....

So, apa itu alternator?

Alternator adalah electrical energy storage utk kereta. So, bila alternator sudah rosak, maka tiadalah energy storage untuk membolehkan kereta terus bergerak. Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak. Alternator akan berfungsi sambil mengecaskan dirinya untuk enjin terus bergerak.

Hasil daripada siasatan (pergh mcm Detektif Conan plak kekeke),  antara tanda2 korang punye alternator kong ialah:-

1) Radio akan ter'off' dengan sendirinya dan akan blink2 .....
2) Utk kes keta aku.... ABS dan Break dekat dashboard keta akan menyala.
3) Kereta seperti x cukup power.... tersengguk2 bila kte tekan minyak


For gurls.... kadang2 bukan sebab alternator ye keta kte tetiba mati tepi jalan. Take note sket supaya tidak ditipu. Bila mekanik kata alternator rosak, cuba soh depa cek betul2 dulu. Kadang2 sebab starter. Bagi kes alternator yang rosak,  bila start, enjin hidup tapi bila clip battery dicabut terus mati. Ini bermakna enjin tak dapat nak charge alternator dan mengunakan sepenuhnya kuasa bateri. Masa aku sampai bengkel, mat mekanik ni tunjuk la kat aku meter untuk menunjukkan alternator ni rosak... kalo ok...dekat meter shud show 4... tp my kes....2.5 jer (lupa plak nk snap gambo)



Kalo korang xrushing.... bagi la enjin keta rehat untuk sejam 2 jam.... pastu try stat enjin balik. Sebab slalunya enjin bole hidup....if mekanik dekat bole truskan perjalanan. If jauh, towing truck la solutionnya ye.... 

Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers

Resepi ni kakak bagi....ala, dari internet jugek katanya.... dah byk kali buat dah ni.... mesti jadik punyelah... Ok, seekor ayam tu masa beli nanti, mintaklah dia belah bahagian dada.... masa masak nanti, kepakkan ayam tu....kang kalo bakar seketul mcm tu takut belah dalam x masak plak.... owh ya, lagik satu, air+minyak+ bhn perap lebihan lepas masak tu, jgn pulak dibuang....sedap tu.... ;)

Bahan-Bahan Untuk Seekor Ayam:-

Bahan untuk perap ayam 
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih 
  • 1 inci halia
  • sos tiram+kicap pekat + lada hitam byk  ATAU 2 hingga 3 sudu besar sos lada hitam 
         ( tp my sis ckp   pakai sos  lada itam mcm kureng sket...;) )
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar oregano & 1 sudu besar basil kering or 2 sudu besar herba campuran ( me slalu pakai oregano & basil McCormick)
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perap.
  • Sedikit mentega

Cara-Caranya
1. Campur kesemua bahan perap dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.(me perap semalaman.)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
5. Bakar pada suhu 180 or 200 degree selama 1 jam (bagi 200 degree) n 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (depends pada uolss punye oven or microwave.... Me pakai oven n bakar pada suhu 200degree
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Yummy....mcm makan kat Kenny Rogers...  ;)

 Tips: Bakarlah Ayam di atas baking paper supaya baking tray mudah dicuci 

Monday, 11 July 2011

Resepi Puding Roti Bakar Bersos Kastard

















 Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5) –Roti butterscotch yang lain pon bole 
Bahan B
4 tbs gula halus
2 tbs butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 tbs tepung jagung 
Bahan C (sos kastard)
1 tin susu cair
2 tbs tepungkastad
2 tbs gula 
Cara-cara
1) Sapukan loyang dengan butter.
2) Taburkan kismis (buah2 lain pon bole)
3) Hancurkan /koyakkan roti selang selikan dengan kismis.
4) Rendam dalam susu selama 1/2 jam
5) Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.Padat-padatkan roti dengan semua ramuan.
6) Bakar dalam suhu 180'C selama 30-40 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.(makan panas2 pon shedap... ^_^)
7) Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
8) Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang. 
 Note:
 If nak bau wangi, bole cuba masukkan  :-
1 tbs serbuk kayu manis/cinnamon powder 
1 tbs buah pala 
Gula bole tambah la ikut suka….me tak suka manis mcm empunya resepi ni

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan berlaku di Beijing. 

Hari pertama 18/3/2011 - kami sampai di Beijing, tiada aktiviti di waktu malamnya. Maka saya dan rakan mengambil keputusan untuk mengikut Tour Guide (TG) menaiki Subway (LRT bawah tanah) untuk pergi ke Silk Market yang terletak 25km daripada hotel dengan tujuan untuk membeli belah. Jarak antara restoren dengan  stesen subway lebih kurang 2km. Berpeluh juga kami menapak malam tu (walaupun musim sejuk). TG hanya hantar kami sampai ke Silk Market dan kami kena pulang sendiri ke hotel kemudiannya. 

Setelah puas bershopping sehingga semua kedai tutup, kami berdua pun keluar dari Silk Market. Jam ditangan menunjukkan jam 10.00 malam. Kami berpendapat bahawa menaiki teksi lebih selamat daripada menaiki subway. Jika menaiki subway, kami akan terpaksa menapak dalam keadaan gelap sejauh 2km dari stesen subway ke hotel.

Keadaan di luar Silk Market dipenuhi dengan penjual jalanan agresif yang berani menarik-narik baju kami untuk menjual barangan mereka. Bila tidak dilayan, kami  ditengking dan dimarahnya…huhuhu. Di China, tidak ramai yang boleh berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Dan kami berdua pula memang tidak boleh berbahasa Mandarin. Maka, cabaran pun bermula.
Ulat-ulat teksi yang berkeliaran bertindak mengerumuni kami. Bila kami sebut nama hotel, tidak seorang pun yang tahu. Nasib baik kami membawa kad hotel. Tetapi kami bertambah panik kerana tiada seorang pemandu teksi pun yang mengetahui alamat hotel yang tertulis pada kad itu. Salah seorang daripada pemandu teksi itu bertindak mengambil kad dan menelefon hotel kami. Jika lihat rupa dan gayanya, pemandu-pemandu teksi di situ seperti samseng dan mafia. Mereka menjerit-jerit dan berebut-rebut menarik beg plastik yang penuh dengan souvenior dan baju-baju yang telah kami beli. Memang menakutkan. Setelah beberapa minit bergaduh di talian telefon, pemandu itu mengenakan 100yuan untuk tambang teksi. Kami diberitahu oleh TG bahawa tambang sepatutnya 20 hingga 30yuan untuk pulang ke hotel. Nampaknya, pemandu-pemandu teksi itu mengenakan caj lebih 5 kali ganda. Pergh!! Kami bertegas menyuruh mereka menggunakan meter. Tapi mereka kata ”Yes Meter.....100yuan”... wahh...itu sudah RM 50!!! Bila kami geleng kepala.....mereka marah-marah. Kawan saya sudah hampir mahu menangis mengenangkan kami akan terkandas dengan mafia-mafia itu. Sudahlah kami berdua ni perempuan. Macam-macam yang terlintas difikiran kami. Jika kami nekad menaiki teksi 100 yuan itu, adakah terjamin kami akan selamat sampai ke hotel? Kalau mereka mahu, mereka boleh bunuh je kami berdua di tengah jalan dan rompak segala duit yang kami ada....huhuhu. Setelah sejam kami di situ, akhirnya, kami telah dibantu oleh dua pelancong dari Arab yang fasih berbahasa Mandarin. Mereka juga pernah menetap di Beijing selama 4 tahun. Bersusah payah mereka berdua bergaduh dengan ulat-ulat teksi dan berkejar-kejaran mendapatkan teksi untuk kami. Mereka juga sanggup menemani kami sehingga ke depan pintu hotel untuk memastikan tambang teksi tidak dinaikkan di tengah jalan. Kami sungguh bernasib baik pada malam itu dan tambang yang dikenakan kepada kami cumalah 30yuan....RM15. Tapi yang penting....KAMI BERDUA SELAMAT!! 
Inilah tempat kami terkandas


Thursday, 7 July 2011

Owh Kereta...

8 Julai 2011
Ni first time nak post cerita. Try test sbb me x penah ada blog okey...hmm...korang layankan je la.

Hari ni citer pasal my beloved car yg breakdown akibat tepanjat tengok motorcylist accident tadi. Tanjat boboi car!! Luckily there's no serious injury .... yg injured cumalah motor and kereta. Ok meh la aku citer dari awal...kang korang x faham pulak kan....

Awal pagi tadi dalam kul 6.50am cenggitu, jalan masih gelap. Kalo korang familiar area Mines shopping complex tu, u all bole imagine la traffic light kat situ. So, me heading to Sg Besi nk anto my daughter to school as usual. Me drive menuruni bukit after the traffic light. Then ada this Myvi or Avanza (not sure bcoz its too dark) bagi signal nak masuk lane aku. Aku mmg murah ati....bagi je la keta tu nyelit... But suddenly, out of no where, ada plak motor ni mencilok in between ktrg. So, mmg gedegang la itu motor. Mamat motor tu jatuh tergolek and lagik sket je kepala dia nak kena gilis ngan tayar keta wa. Seb baik mamat tu sepantas kilat bangun n sempat pulak hentak kreta yg langgar dia tu. Aku tak tau la malay ke, chinese ke, indian ke yg terlibat.... sebab me n my daughter tanjat sangat... tp me bersyukur sempat untuk mengelak sebarang kehilangan nyawa....


All the way to my daughter school mmg masih dlm keadaan trauma. Dah la smlm my colleague citer yg tunang dia seret mamat motor bwh keta sejauh 4km.... takut dat insiden happen to me jugak. So, kepala tu merewang2 memikiokan pasal eksiden tadi. Elok je lagik 10km nak smpai opis, bumblebee wa plak tanjat... alamak... apsal radio off sendiri, lampu dashboard n jam jadik kelam....ABS menyala?? WHAT?? ABS?? apsal plak ko tetiba nyala..... aku call my beloved hubby la tanya kot2 bateri kong. Tp my hubby kata baru bulan 3 ri tu tukar...me dlm hati pray la...harap2 sampai opis... lagik 2km nk sampai opis, bumblebee wa da tanjat abis dah.... berenti la dekat tepi parking yang betul2 kosong...Phewww.... alhamdulillah. Pastu nampak plak penyelamat satu opis...tp gurls jugek...so xlarat la nk tolak keta masuk parking betul2.... last2 mintak tolong kat pak guard Damai Permai Condo... My freind kata maybe sebab alternator sbb dia ada experience mcm tu....

Sampai opis wa pon relex dulu sbb workshop tutup kan. Kul 10.30 mcm tu me pon pi la workshop n cite kat mekanik tu. Dia ckp mungkin sebab alternator.... apa alternator tu? nnt next post la aku tepek ye. Apa pun since dat keta mmg tokleh stat, kne panggil towing truck. Masa ni aku mmg frust jugek sbb aku amik insurans MAA Takaful tru Myeg. Tp MAA kata bumblebee wa xde dlm sistem. call2 agent Myeg x dpt2 lak tu...so me decided amik je la towing service dr bengkel tu n berkeras ngn agen Myeg tu nk claim balik....70 hengget tu.... The best part masa towing truck dah sampai, keta wa bole stat pulak... hai... intan payung... awatla buat daku cenggini. Tp since dat tow driver tu dah menakutkan aku kata nnt brenti tgh jalan...aku tow jugaklah itu kereta.... smpai workshop...cek konfem alternator. Rekon alternator rm 260 upah rm 20... warranty 1 bulan... harap2 bertahan la setahun dua nih...