Klik di sini ye... ;)

Tuesday 23 August 2011

Tema UNICEF : "Peluang Keemasan di Masa Remaja"

Melalui entri Nuffnang di sini , saya dapat tahu ada kempen UNICEF yang bertemakan 'Adolescence - An Age Of Opportunity'. So, today saya nak share a few stories yang bole dijadikan panduan dan iktibar kepada kita semua ye.... Insyaallah


Kes 1: Berhenti belajar semasa di Universiti
Kawan saya ni (kita namakan dia sebagai 'A' ye) bijak orangnya dan telah dilantik menjadi Class Rep (Wakil Kelas) bagi tahun pertama sehingga tahun ketiga. Kalau di lihat dari kaca mata saya, tidak ada cacat cela pun pada si A ni. Tidak mungkin 'A' mempunyai masalah kritikal dari sikap yang dipamerkan. Riak mukanya yang sentiasa tenang, tidak pernah ponteng kelas dan boleh dikatakan berwibawa sebagai ketua kelas kami. Result exam pun nampak ok je. 
Namun pada tahun ketiga, 'A' telah mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar. Pada masa itu, kami memang tidak hairan kerana bukan dia seorang sahaja student yang kerja sambil belajar. Saya pon kerja jugak bagi menampung pembelajaran kami di Universiti. Semenjak dari itu, result exam 'A' terjejas dan kerap juga ponteng kelas. Kalau hadir pun, dirinya kelihatan kusut masai berbanding dulunya yang sentiasa tampil segak dan kemas. Dan yang paling menyedihkan, peperiksaan bagi semester akhir pun tidak dihadirinya. Ramai yang tertanya2...'Apa dah jadik ni??'. Melalui 'kawan tapi mesra' A, kami dapat tahu yang A sudah tidak minat untuk belajar. Ini kerana, duit gaji dari kerja sambilannya di McDonalds sudah cukup untuk menampung kehidupannya....hmm... masa itu, kami semua memang sangat2 terperanjat dan sudah ramai yang menasihatinya untuk meneruskan pelajarannya. Biarlah bekerja pun...tetapi sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan kataku. 
Mungkin bagi A, duit adalah segala2nya. A bekerja pagi petang setiap hari bagi mengumpul wang...Untuk apa?? tidak seorang pun yang tahu. Katanya dia memang tiada masa untuk belajar dan sudah tidak minat..... saya tidak tahu kedudukan kewangan A. Tapi dengarnya, dia bukannya orang susah. Wallahualam.... Tatkala kami bersusah payah mengejar segulung ijazah, A berjerih siang malam bekerja. Banyak kali juga kami melawat tempat kerjanya.... 

Alhamdulillah... A telah dinaikkan pangkat dengan cepat ...dari supervisor...ke store manager.... dan kini katanya sudah berpangkat besar di McDonalds. Apa pun... moral of the story here... buatlah apa yang kita minat... kerana kalau kita buat apa yang kita tidak suka.....memang sukar untuk berjaya. Namun, jangan jadikan cerita ini sebagai 'cara' untuk tidak ke menara gading. Lain ulu, lain parang....lain dahulu, lain sekarang....Kini, saya pon tidak tahu kemana perginya si A. Namun saya berharap, beliau akan terus sukses dalam karier dan kehidupannya.... Amin


Kes 2: Putus Asa dengan kehidupan
B merupakan seorang gadis yang baik dan juga bijak. B berasal dari keluarga yang susah. Walaupun hidup susah, B sentiasa mendapat keputusan cemerlang di sekolah. Cikgu2 disekolah memang sedia maklum bahwa B amat bijak dalam Matematik. B boleh dikatakan ...'Pelajar Harapan'...Result percubaan SPM B pon mantap. Namun, entah mana silapnya, result sebenar SPM B amat mendukacitakan. 

Semenjak dari itu, B seperti putus asa untuk meneruskan hidup. Lama B terperuk kat rumah....terbaring dikatil sepanjang masa...meracau2... Ibu B pon amat risau melihat keadaan B. Kata mereka, B terkena 'saka'. Mungkin juga..... kerana, bila hati 'kosong' banyak mende akan cuba menumpang. B mempunyai masalah dengan telinga....katanya.... dia mendengar suara2... dan telinganya juga sangat2 sakit. B pernah mengikut kakaknya bekerja kilang... tetapi cuma sekejap sahaja. Pernah juga kerja di klinik farmasi....pon sekejap juga. 

Pada usia beliau kini yang sudah 28 tahun, baru dia bercerita pada saya yang result SPMnya teruk kerana BM. Katanya dia terlambat ke sekolah kerana tertinggal bas semasa hari peperiksaan. Saya kurang ingat result BM B....sama ada dia FAIL BM atau pun cukup2 makan je... (Inipun saya tahu bila dia cerita pada saya 5 bln lepas). Kalau result BM tidak cemerlang, memang susah untuk seseorang pelajar menyambung pelajarannya ke U. Dia juga ada menceritakan pada saya yang dia rasa malu dengan kawan2 sekolahnya... kalau dulu mereka meminta B untuk tunjuk ajar Matematik sebelum ke sekolah. Tapi kini, B tidak mempunyai apa2 (tidak berjaya la katanya)....kata B - Result kawan2 tu hanya biasa2 sahaja....tetapi mereka berjaya dlm kehidupan. 


Baru kini kusedar yang B sebenarnya bukan anti sosial.... tetapi malu dengan masa silamnya. Saya juga bertanya... kenapa tak ambil semula paper BM... dahulunya ada Paper Julai (kini x tau ada lagi ke tak??). Kata B, tiada orang pon yang bagitahu padanya pasal tu. B tak tahu pasal PAPER JULAI??!! Huhuhuhu.... sedihnya. Mungkin kerana dia dari keluarga yang susah, maka kurang tahu mende2 ni... Saya juga menyarankan agar B ambil paper julai thn ni... 'Walaupun sudah berusia...tapi, x pernah terlewat untuk belajar' kataku. Tapi B sudah putus asa.... katanya 'SUDAH TERLAMBAT!'. Hati saya berkata2..." Kalaulah saya tahu dahulu, sayalah yang akan membantumu B untuk ambil semula Paper BM mu". Apapun... masa tidak mungkin berulang... Moral of the story.... keluarga dan sahabat amat memainkan peranan penting... sentiasalah ambil berat supaya kisah ini tidak berulang. Kini B tetap begitu...sekejap kerja....sekejap berhenti.... :(


Link ke kempen UNICEF
Sampai sini dahulu entri kali ini.... beberapa kes yang lain...insyaallah akan diedit lenkali...;)

No comments:

Post a Comment