Klik di sini ye... ;)

Friday 19 August 2011

Kami Blogger Prihatin

Hari ni, setelah membaca entri ......'Segmen: Kami Blogger Prihatin' dari blog Santai bersama Ben Ashaari....

me terpanggil untuk join Segmen : Kami Blogger Prihatin , bagi bersama2 menyokong kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA ANJURAN ISLAMIC RELIEF MALAYSIA @ IRM 

Lagi 10 hari hari umat islam akan menyambut Hari Raya. Sedarkah bahawa terdapat insan2 di luar sana yang amat daif kehidupannya. Lihatlah kesengsaraan mereka....

Percaya atau tidak.... pada bulan Ramadhan inilah ramai di antara kita yang membuang lebihan makanan begitu sahaja...sedangkan setiap 6 minit terdapat kanak2 Somalia yang mati kebuluran... huhuhuhu...
 
Oleh itu,bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada hari ini....fikirlah sebelum kita membuang lebihan makanan sesuka hati...

Dengan ini, sama-samalah kita menderma dlm 10 terakhir Ramadhan ini bagi menjayakan misi 'RM 3 juta menjelang Syawal' untuk rakyat Somalia. Dan diharapkan Dana tersebut berjaya disalurkan dan tidak disekat oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab di sana...

Jika anda berminat untuk menderma bolehla ke laman web ini

http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

Ikhlas kerana Allah


No comments:

Post a Comment