Klik di sini ye... ;)

Thursday 6 October 2011

Cerita Atuk: Jangan Lupa Beri Salam Pada Malaikat Penjaga Laut

Hari ni saya nak share cerita yang dialami oleh arwah atuk saya.Cite ni tadi pon saya dah share kat nuffnang untuk dapatkan tiket free cite Paranormal Activity 3 ;). So kat sini saya share dengan detail sket la ek...

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
Arwah atuk saya ni nelayan. So, memang rutin pepagi, arwah akan ke laut menangkap ikan. Selalunya, arwah atuk saya akan bagi salam sebelum menangkap ikan dilaut kerana malaikat penjaga laut adalah salah satu tentera pada Nabi Khidir.... Ni cerita lengkap pasal malaikat penjaga laut ni ye. Sebenarnya salam tu memohon perlindungan dari-Nya dan bantuan Nabi Khidir. Iyalah, kalau datang rumah orang pun kena bagi salam kan. Jangan sebab kita xnampak penjaga laut ni, kita x nak bagi salam plak. Lagipun, orang dulu2 ni banyak pantang larangnya sebelum turun ke laut.

Nak dijadikan cerita, pada satu hari tu, arwah atuk terlupa untuk memberi salam. Baling je jaring kat laut, bila tarik balik....TIADA HASIL. Atuk saya hairan la sebab selalunya dia tidak pernah balik dengan tangan kosong.... Nak dijadikan cerita, atuk saya pon menjengah ke dalam laut. Alangkah terperanjatnya atuk bila terlihat lembaga hitam dalam laut tengah memakan ikan2 dijaringnya.  Lembaga tu hitam, besar dan menyeringai dengan gigi taringnya. Barulah arwah atuk teringat yang hari tu, dia terlupa nak bagi salam. Dengan serta merta arwah atuk saya membaca ayat-ayat Al-Quran, beri salam dan memohon pertolongan dari-Nya.Tidak silap saya dalam salam arwah atuk tu, ada menyebut Nabi Khidir (mcm mana bunyi salam tu saya x tau la ye).

Keesokkan harinya, arwah atuk turun lagi kelaut. Mak dan nenek saya kata, arwah atuk balik awal hari tu. Nenek saya ingat, x dpt ikan mcm hari sebelumnya.... rupa2nya, hasil penuh satu sampan... Alhamdulillah, pada hari itu hasil tangkapan ikan amat memberangsangkan. Mak saya cerita, pada pagi tu, jaring arwah atuk tersangkut pada duri. Nenek ingat, atuk balik awal sebab jaring rosak.... Tapi alhamdulillah rezeki hari tu memang lebih dari biasa.

Moral of the story, kat dunia ni memang byk makhlus halus. Berilah salam kerana mereka juga makhluk Allah

Sebenarnya, banyak pantang larang yang arwah atuk pesan sebelum turun ke laut. Contohnya, jangan cakap besar, jangan tamak, jangan minta yang bukan-bukan...

Ada satu cerita pemancing laut yang ingin saya kongsikan di sini. A ni memang pemancing tegar yang tidak puas hati dengan hasil tangkapannya. Katanya..." Takkan besar ni je ikan yang aku dapat... aku nak ikan yang BESAR, baru aku nak balik hari ni". Nak dijadikan cerita, masa bergelut nak naikkan ikan, bot hampir tenggelam. Si A terpaksa putuskan mata kailnya untuk selamat dari tenggelam... elok sahaja mata kail diputuskan, timbul seekor ikan yang sangat besar di sebelah botnya (besar dari bot huhuhu). Tapi arwah tidak cerita pulak ikan apa... saya rasa ikan paus la kot kalo dah beso sangat huhuhu. Sebaik sahaja ikan itu beredar, si A ni pon cabut balik la apa lagik....


Cerita dari emak saya pulak (emak kan anak nelayan...hmm). Jangan tamak.... ada orang kampungnya tenggelam dengan sampan sebab tamak. Kebetulan hasil ikan si B pada hari tu banyak, B sangat gembira. Penuh sangat satu sampan....sebab tu sampan B tu tenggelam. Emak juga pesan, jangan suka sangat... bila terlalu suka, nanti berduka.... 

Oleh itu, beringat2lah ye.... especially pada pemancing tegar ni.... Ingatlah pada keluarga yang tersayang.

No comments:

Post a Comment