Klik di sini ye... ;)

Thursday, 25 August 2011

SENARAI SPEED TRAP SEPANJANG MUSIM PERAYAAN AIDILFITRI 2011

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam..Jaga-jaga


KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

p/s Hanya untuk makluman ...Even kalau x betul pun, we still have to take extra precaution ok. Pandulah ikut had laju yang ditetapkan.
DRIVE SAFE....DONT DRINK AND DRIVE....DONT USE EMERGENCY LANE OK

Peeping holes in Midvalley Metrojaya's Changing Room

Spread this.... got this info from my new friend,Pearl. So, I copy paste... .. maybe will go there this weekend to investigate this. Just to make sure it is not a prank... ;). Until then, please tell all of ur friend bout this and take extra precaution either in Metrojaya or elsewhere. Check the changing room first before you take off your clothes... U maybe caught in someones else camera... Erkkkk....;(
 
READ THIS!!
 
My mum and my 14 year old cousin went to #metrojaya in Midvalley today. My cousin decided to try on some clothes and went into one of the changing rooms. Right after one of the male staff went into a room beside her changing room. My mum somehow felt something was amidst and called a salesperson and asked what that room was. She replied it was the storeroom. Mum then insisted for her to open it. She tried but it was lock, she then knocked and the door shortly opened. The salesman walked out casually with his phone in his hand. Mum insisted she wanted to have a look inside the room and found many holes in the wall which was strategically drilled to see a persons chest and crotch. She immediately called the floor supervisor and showed her the holes. She kept apologising and asked whether mum could identify the staff who was in the room.Mum managed to identify him but of course he denied and stated he was talking on the phone. Mum then told her to ensure no one is to use that changing room until the holes are filled and to check every changing room on every floor. Guys please forward this on. #Metrojaya management please take note what crap is happening in your departmental stores!!!!!!!
- Hugh Koh -

Rezeki Ramadan

Alhamdulillah....rezeki Ramadan...1/2 temphn kek lapis Sarawak sudah pun slamat ke tgn pembeli2 setia nourie Ib.... esok misi terakhir akn dilancarkn... terima kasih daun keladi pada yg telah mbelinya. W'pun sebelum ini gempar dgn penggunaan mentega golden churn yg mpunyai DNA khinzir byk digunakan dlm kek lapis, ia tidak menjejaskn kepercayaan pelanggan kpd kami. Sebelum ini pun sudah diberitahu awal2 bhw kek lapis kami mggunakn tidak menggunakan jenama itu. Kami menggunakan buttercup... mmg kalau guna buttercup kek lapis kami cuma mampu bertahan selama 2 bln sahaja berbanding 6 bln sekiranya menggunakn golden churn... Yang penting kami tahu bahawa kek lapis kami halalnya.

Oh ya.. walaupun temphan hari raya sudah tamat, tp kwn2 yg mahukan kek lapis ini masih bole meneruskn temphan. Penghantaran akn dilakukn mgu kedua raya... mari2 cepat oder...Harga bolehlah dirujuk pada entri ini

Saya mengambil kesemptan ini utk mengucapkan slamat hari raya kpd semua...n maaf zahir Dan batin

Wednesday, 24 August 2011

Mari Menambah Follower sebelum raya


Assalamualaikum,

I follow u petua pakar... i follower yang ke 610... canteq lagik no nye kan.... sukanye!! ^_^
 
Sempena nak raya x lama lagik.... ini ucapan raya untuk semua kenalan blogger ... ... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan batin...0-0 ok...;)...jgn lupa komen my entry...layan lagu evergreen nih.... hope u like it...

 

For those yang nak join... klik sini...and bwh ini syarat2nya....
 
SYARAT PENYERTAAN:
  1. Buat satu entri bertajuk: MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA
  2. Letakkan gambar entri ni, baby Hannah tengah wish Selamat Hari Raya.
  3. Linkkan kepada entri ini.
  4. Buat ucapan Selamat Hari Raya (free style).
  5. Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah.
  6. Jangan lupa FOLLOW pakar aka Hannah Tots yer........

TARIKH TUTUP:
  • Sehingga 29 AUGUST 2011 (23:59) ...malam raya

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya

Me blogger baru... mana yang me berkenan nak follow, saya follow je... so far, me banyak follow otai2 blogger yang buat segmen... sukalah... elok je godek2 kat blog Bangku kosong tadi, me ternampak promo from blog ni

Kalo tadi me baru follow bangku kosong, me jadik follower yang ke 2525. Bagi blog luna lanun ni me follower yang ke 1998... CANTEQ kan nombornye?? ntah bila la follower I nk mencecah ribu riban... Dlm segmen ni, blogger kena share Kuih raya kegemaran sepanjang zaman.  

Kuih raya kegemaran sepanjang zaman saya ialah Biskut Arab
Biskut Arab Nourie Ib... sedap...nyum2...cubalah resepi kat bwh ni ek


Biskut ni adalah biskut wajib keluarga kami. Inilah kuih yang memula skali Me belaja buat dengan omak.... huhuhu... Resepi yang sangat2 mudah dan simple...kosnye juga murah...Bhn2 pon x banyak... sangat sesuai bagi yang baru berjinak2 nak buat homemade cookies... saya dah buat biskut ni pada minggu kedua puasa hari tu and baru jugak post resepinya... So, untuk entri ni, me repost la resepi Biskut Arab ni utk kali kedua yek... 


Bahan-bahan (kuantiti biskut bergantung pada saiz uolls buat la...lebih kurang 2 balang kecit tu)


  •  1 tin minyak sapi (QBB or apa2 brand yang korang suka)
  •  gula icing (sukatannya mengikut saiz tin minyak sapi yang korang pakai)
  • tepung gandum (my mum kata ikut sukatan tin minyak sapi.... tapi selalunya adunan mcm x cukup tepung jek - anggaran lebih kurang 1 1/2 tin- 2 tin minyak sapi tadi)
  • ceri untuk hiasan
Cara-caranya
1) Pukul minyak sapi dengan gula icing sehingga kembang. Pukul sehingga adunan menjadi putih dan gula sudah sebati
2) Masukkan tepung gandum yang sudah di ayak sedikit demi sedikit. Gaul adunan dengan sabar. Dari pemerhatian saya, adunan dikira cukup tepung apabila adunannya sudah tidak melekat pada mangkuk/tangan. Adunannya agak lembik dan bukannya tidak melekat pada tgn 100%. Maybe ramai yang akan marah jika bagi resepi mcm x cukup sifat je ek... Jangan marah. Kalau uolls x pasti sama ada tepung sudah cukup atau tidak, cuba gentelkan menjadi bulat2.... dan bakar dengan kuantiti yang sedikit dahulu... sekiranya rangup dan tidak keras mcm batu, adunan uolls tu dikira lulus la yek.
3) Sapukan baking tray dengan tepung supaya biskut tidak melekat apabila masak. Gentelkan adunan menjadi bulat2 sebesar guli dan letakkan terus pada baking tray. Biskut akan mengembang semasa dibakar. Oleh itu, pastikan jarak antara biskut tidak terlalu rapat. 
4)Hiaskan ceri di bahagian tengah. (pastikan ceri ditekan sedikit agar ianya tidak mudah tertanggal apabila sudah masak)
4) Bakar pada suhu 160C selama 15minit 

Ok....itu saja... Cuba tau... Jadik...pada bloger len yang nak ikut serta segmen ni...
Mudah saje syarat2nya...:-
  1. Buat satu entri bertajuk: "Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya"
  2. Letakkan banner blog Luna Lanun.
  3. Linkkan entri anda kepada entri ini.
  4. Nyatakan dalam entri: "Kuih raya kegemaran sepanjang zaman saya ialah......."
  5. Kalau ada gambar, sila sertakan gambar kuih raya tersebut, kalau takde, tak mengapa.
  6. Dah siap entri, tinggalkan link dalam ruangan komen di bawah.
  7. Tarikh tutup: 1 Syawal 1432H (raya puasa tahun 2011 la tu maknanya)

Baca selanjutnya di sini: Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya

Tuesday, 23 August 2011

Tema UNICEF : "Peluang Keemasan di Masa Remaja"

Melalui entri Nuffnang di sini , saya dapat tahu ada kempen UNICEF yang bertemakan 'Adolescence - An Age Of Opportunity'. So, today saya nak share a few stories yang bole dijadikan panduan dan iktibar kepada kita semua ye.... Insyaallah


Kes 1: Berhenti belajar semasa di Universiti
Kawan saya ni (kita namakan dia sebagai 'A' ye) bijak orangnya dan telah dilantik menjadi Class Rep (Wakil Kelas) bagi tahun pertama sehingga tahun ketiga. Kalau di lihat dari kaca mata saya, tidak ada cacat cela pun pada si A ni. Tidak mungkin 'A' mempunyai masalah kritikal dari sikap yang dipamerkan. Riak mukanya yang sentiasa tenang, tidak pernah ponteng kelas dan boleh dikatakan berwibawa sebagai ketua kelas kami. Result exam pun nampak ok je. 
Namun pada tahun ketiga, 'A' telah mengambil keputusan untuk bekerja sambil belajar. Pada masa itu, kami memang tidak hairan kerana bukan dia seorang sahaja student yang kerja sambil belajar. Saya pon kerja jugak bagi menampung pembelajaran kami di Universiti. Semenjak dari itu, result exam 'A' terjejas dan kerap juga ponteng kelas. Kalau hadir pun, dirinya kelihatan kusut masai berbanding dulunya yang sentiasa tampil segak dan kemas. Dan yang paling menyedihkan, peperiksaan bagi semester akhir pun tidak dihadirinya. Ramai yang tertanya2...'Apa dah jadik ni??'. Melalui 'kawan tapi mesra' A, kami dapat tahu yang A sudah tidak minat untuk belajar. Ini kerana, duit gaji dari kerja sambilannya di McDonalds sudah cukup untuk menampung kehidupannya....hmm... masa itu, kami semua memang sangat2 terperanjat dan sudah ramai yang menasihatinya untuk meneruskan pelajarannya. Biarlah bekerja pun...tetapi sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan kataku. 
Mungkin bagi A, duit adalah segala2nya. A bekerja pagi petang setiap hari bagi mengumpul wang...Untuk apa?? tidak seorang pun yang tahu. Katanya dia memang tiada masa untuk belajar dan sudah tidak minat..... saya tidak tahu kedudukan kewangan A. Tapi dengarnya, dia bukannya orang susah. Wallahualam.... Tatkala kami bersusah payah mengejar segulung ijazah, A berjerih siang malam bekerja. Banyak kali juga kami melawat tempat kerjanya.... 

Alhamdulillah... A telah dinaikkan pangkat dengan cepat ...dari supervisor...ke store manager.... dan kini katanya sudah berpangkat besar di McDonalds. Apa pun... moral of the story here... buatlah apa yang kita minat... kerana kalau kita buat apa yang kita tidak suka.....memang sukar untuk berjaya. Namun, jangan jadikan cerita ini sebagai 'cara' untuk tidak ke menara gading. Lain ulu, lain parang....lain dahulu, lain sekarang....Kini, saya pon tidak tahu kemana perginya si A. Namun saya berharap, beliau akan terus sukses dalam karier dan kehidupannya.... Amin


Kes 2: Putus Asa dengan kehidupan
B merupakan seorang gadis yang baik dan juga bijak. B berasal dari keluarga yang susah. Walaupun hidup susah, B sentiasa mendapat keputusan cemerlang di sekolah. Cikgu2 disekolah memang sedia maklum bahwa B amat bijak dalam Matematik. B boleh dikatakan ...'Pelajar Harapan'...Result percubaan SPM B pon mantap. Namun, entah mana silapnya, result sebenar SPM B amat mendukacitakan. 

Semenjak dari itu, B seperti putus asa untuk meneruskan hidup. Lama B terperuk kat rumah....terbaring dikatil sepanjang masa...meracau2... Ibu B pon amat risau melihat keadaan B. Kata mereka, B terkena 'saka'. Mungkin juga..... kerana, bila hati 'kosong' banyak mende akan cuba menumpang. B mempunyai masalah dengan telinga....katanya.... dia mendengar suara2... dan telinganya juga sangat2 sakit. B pernah mengikut kakaknya bekerja kilang... tetapi cuma sekejap sahaja. Pernah juga kerja di klinik farmasi....pon sekejap juga. 

Pada usia beliau kini yang sudah 28 tahun, baru dia bercerita pada saya yang result SPMnya teruk kerana BM. Katanya dia terlambat ke sekolah kerana tertinggal bas semasa hari peperiksaan. Saya kurang ingat result BM B....sama ada dia FAIL BM atau pun cukup2 makan je... (Inipun saya tahu bila dia cerita pada saya 5 bln lepas). Kalau result BM tidak cemerlang, memang susah untuk seseorang pelajar menyambung pelajarannya ke U. Dia juga ada menceritakan pada saya yang dia rasa malu dengan kawan2 sekolahnya... kalau dulu mereka meminta B untuk tunjuk ajar Matematik sebelum ke sekolah. Tapi kini, B tidak mempunyai apa2 (tidak berjaya la katanya)....kata B - Result kawan2 tu hanya biasa2 sahaja....tetapi mereka berjaya dlm kehidupan. 


Baru kini kusedar yang B sebenarnya bukan anti sosial.... tetapi malu dengan masa silamnya. Saya juga bertanya... kenapa tak ambil semula paper BM... dahulunya ada Paper Julai (kini x tau ada lagi ke tak??). Kata B, tiada orang pon yang bagitahu padanya pasal tu. B tak tahu pasal PAPER JULAI??!! Huhuhuhu.... sedihnya. Mungkin kerana dia dari keluarga yang susah, maka kurang tahu mende2 ni... Saya juga menyarankan agar B ambil paper julai thn ni... 'Walaupun sudah berusia...tapi, x pernah terlewat untuk belajar' kataku. Tapi B sudah putus asa.... katanya 'SUDAH TERLAMBAT!'. Hati saya berkata2..." Kalaulah saya tahu dahulu, sayalah yang akan membantumu B untuk ambil semula Paper BM mu". Apapun... masa tidak mungkin berulang... Moral of the story.... keluarga dan sahabat amat memainkan peranan penting... sentiasalah ambil berat supaya kisah ini tidak berulang. Kini B tetap begitu...sekejap kerja....sekejap berhenti.... :(


Link ke kempen UNICEF
Sampai sini dahulu entri kali ini.... beberapa kes yang lain...insyaallah akan diedit lenkali...;)

Angpau Raya!!

Korang dah tuko ke duit raya? Ari ni kte dapat 2 angpau raya (angpau kosong je tapi  -_-" ). Satu dari CIMB...satu lagik Hong Leong... Me suka Angpau CIMB... tapi rasanya Maybank lagik cantik kot... korang tuko bank mana? share2 la kat sini... bole me decide nak tuko duit kat bank mana pasni... (Tuko duit cket2 je kat each bank...hehehe)