Klik di sini ye... ;)

Friday 9 September 2011

Aktiviti 'Meremis' di Kuala Sungai Baru,Melaka

Dah lebih seminggu me bercuti memblogging...;p. Musim2 raya ni memang penat.... penat mengemas rumah, melayan tetamu, memasak...huhuhu... apa pun, ri ni carik jugak masa utk share jalan2 raya kami...

Mcm tahun2 lepas, musim raya or x raya, kalau dah balik kg atuk kat melaka tu, mesti kami akan 'meremis'. Meremis?? hehehe...mesti ramai yang xtahu apa tu meremis... bukan mengemis tau...wakakak... Ekceli meremis ialah singkatan yg aku reka sendiri bagi 'mencari remis'....

Bagi yang duduk di pesisiran pantai...mesti kenal makhluk ni. Bawah ni adalah gambo pantai kuala sungai baru yang menjadi sasaran kami pada raya ke-4 yang lalu... kalau org len sibuk beraya umah saudara, kami sibuk beraya kat tepian pantai...hehehe

Pantai Kuala Sungai Baru, Melaka   
Kalau korang tengok aktiviti korek mengorel pasir kat tepi2 pantai, maknanya tgh carik remis la tu...;p 
Ni lah rupe remisnya.... ;)
Senang ke nak carik remis ni?? Hmm...bg saya sgt2 senang.... cuma remis ni ada musim.... kalau xde musimnya, hasil pon sket je la... Untuk carik remis ni, kuis2 pakai kaki je....kalo ada penggali lagik bagus ... jgn lupa bwk mangkuk tapis (mangkuk yang ada lubang2). Ini supaya pasir2 dapat ditoskan dengan basuh guna air laut . Seelok2 nye, remis biarlah dibasuh guna air laut... Sebab bila dah kena air paip, matilah remis2 tu sebelum kena rebus lagik... so kureng sket la freshnya.

hehehe....nilah hasil kerja keras kami...;)

Resepi Remis rebus:-
Basuh remis bersih2.... buang pasir2 laut dan toskan

1) 1 btg serai diketuk
2) 1 biji cili dihiris
3) 1 Bawang besar dihiris
4) Garam secukup rasa
5) Air separas remis

Selain daripada rebus mcm ni, bole jugak wat sambal, cucur dan rencah utk mee, mihun, masak sayur pengganti ikan bilis or udang.... 

So, pada sesiapa yang rajin ke pantai2 diseluruh malaysia ni, rajin2 la carik remis . Remis ni kecik2 je... so, atuk saya panggil...'kuaci laut'... kalo dah stat makan, mmg x brenti punye... Hujung tahun lepas, masa kami melawat Pulau Pinang, kami bernasib baik dapat meremis di Tanjung Bungah. Pada pendapat kami, kat sana remisnya lagik besar2.... Nanti kalau jupe gamba remis tanjung bungah saya edit balik ek.... ;)

No comments:

Post a Comment