Mengikut perancangan kami kena bergerak dari KK jam 12.30pm ke Kundasang sbb nak singgah Desa Cattle sebelum jam 3.00pm. Tapi, almaklumlah... kami ni ramai. Jam 1.00tgh baru kami bergerak dari restoren Seri Melaka. Hujan rintik2 menemani kami sepanjang perjalanan. Dari dlm perut van, kami terlihat City Mosque KK- Masjid Terapung. Kami plan utk solat Jamak di sini. Tapi memandangkan hari hujan dan sudah lewat, we all kansel the plan n solat Jamak di Kundasang saja nnt. Masjid putih ini dikatakan menawarkan ciri2 yg serupa dengan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid terapung ini mempunyai sebuah dewan solat yang menempatkan tiga madrasah dan menempatkan dari 9, 000 kepada 12, 000 orang pada satu-satu masa.
Baca dalam forum, katanya jalan ke Kundasang adalah lebih kurang mcm nak naik Cameron Highland. Tapi bagiku and kakak, jalan ke Cameron lagik mencabar... lain orang lain pendapatnya kan... Dalam perjalanan kami teringat yg kami lupa beli roti utk brekfast esoknya. Jadik kami singgah di pekan Nabalu... Namun, kedai runcitnye tutup. Grup ke-2 dah sibuk membeli souvenior. Kataku, kita akan singgah sini semula otw pulang ke KK nnt. Tapi as usual...bila dah ramai, masing2 pi toilet n beli jugak souvenior yg mana sempat...ADES... plan nak sampai Desa Cattle jam 230pm mmg x kesampaian la sbb jam 2pm kami baru bergerak dari pekan Nabalu
Since dat hari hujan....we all tuko plan last minit utk ke War Memorial dahulu dan Desa cattle Farm akan dilawat pada keesokkan paginya. Bayaran masuk War Memorial -Rm 2 for Adult, RM 1- Child. If u all masuk Kinabalu Park/hotspring dulu, then free je masuk sini. Yg penting tiket jgn hilang ya...;)
Desa Cattle Farm
Setelah penat bergambo sakan disini ~ berlatarbelakangkan puncak gunung kinabalu, kami bergerak pulang. Hasrat hati utk chek in di Kiram Village. Namun, tour leader kami En. Mahathir mencadangkan agar kami ke Desa Cattle. Mulanya saya keberatan sebab waktu memerah susu adalah jam 3pm. Mengikut pengalaman rakan forum cari, jika datang selepas jam ini, tiada lembu berkeliaran. Jadinye gambar nnt x dptlah berlatar belakangkan lembu2
Susu segar perisa coklat ni mmg sedap sgt...Fresh!! Kami x berpeluang minum yang 'kosong' (tanpa perisa) sbb sudah abis dari pagi lagi huhuhu. Mungkin lebih sedap kot. Harga...RM 3/kotak |
Memang sakan bergamba kat sini. walaupun ada bau2an... tapi tu semua kami x endahkan sebab pemandangan sini mmg marveles!! Bulan2 December mmg la musim hujan... adalah mustahil dapat bergambar dengan sinaran matahari huhuhu. Jam 6.00pm kami bertolak ke Kiram Village dan bermulalah episod masak memasak. Sememangnya di Kiram Village ada cafe dan bole buat utk group dish. Tapi masing2 nak makan homemade tomyam with bekalan sambal bilis n dendeng dari rumah... Sampai di Kiram, dah agak gelap. Jadi esok saje bergambar di Kiram ya... Lihat dulu menu kami utk dinner Day 1 di Mesilau... ;)
Tomyam seafood and ikan goreng RM 5 sepinggan (Ikan mentah yang dibeli di Pasar Basah)
Nilah hasil lokan yang direbus... sekejap je udah licin...yang tinggal hanyalah kulitnya... emak saya ckp...kalau kat Melaka, lokan ni dipanggil jugak = Buah Tanah... apa2 je lah mak ye... yang penting...mmg SODAP!!
Hi ! Awesome blog ! Done follow u . I will always support ur blog :D .
ReplyDeletehttp://secret-domokun.blogspot.com/
as-salam... wah menarik la tmpt awak pergi ni
ReplyDelete