Klik di sini ye... ;)

Monday, 12 December 2011

Cuti-cuti Sabah - Kundasang, Day 1 Part 2

Day 1 -Perjalanan ke Kundasang
 Mengikut perancangan kami kena bergerak dari KK jam 12.30pm ke Kundasang sbb nak singgah Desa Cattle sebelum jam 3.00pm. Tapi, almaklumlah... kami ni ramai. Jam 1.00tgh baru kami bergerak dari restoren Seri Melaka. Hujan rintik2 menemani kami sepanjang perjalanan. Dari dlm perut van, kami terlihat City Mosque KK- Masjid Terapung. Kami plan utk solat Jamak di sini. Tapi memandangkan hari hujan dan sudah lewat, we all kansel the plan n solat Jamak di Kundasang saja nnt. Masjid putih ini dikatakan menawarkan ciri2 yg serupa dengan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid terapung ini mempunyai sebuah dewan solat yang menempatkan tiga madrasah dan menempatkan dari 9, 000 kepada 12, 000 orang pada satu-satu masa.

 Baca dalam forum, katanya jalan ke Kundasang adalah lebih kurang mcm nak naik Cameron Highland. Tapi bagiku and kakak, jalan ke Cameron lagik mencabar... lain orang lain pendapatnya kan...  Dalam perjalanan kami teringat yg kami lupa beli roti utk brekfast esoknya. Jadik kami singgah di pekan Nabalu... Namun, kedai runcitnye tutup. Grup ke-2 dah sibuk membeli souvenior. Kataku, kita akan singgah sini semula otw pulang ke KK nnt. Tapi as usual...bila dah ramai, masing2 pi toilet n beli jugak souvenior yg mana sempat...ADES... plan nak sampai Desa Cattle jam 230pm mmg x kesampaian la sbb jam 2pm kami baru bergerak dari pekan Nabalu                                   
Since dat hari hujan....we all tuko plan last minit utk ke War Memorial dahulu dan Desa cattle Farm akan dilawat pada keesokkan paginya. Bayaran masuk War Memorial -Rm 2 for Adult, RM 1- Child. If u all masuk Kinabalu Park/hotspring dulu, then free je masuk sini. Yg penting tiket jgn hilang ya...;)



Desa Cattle Farm
Setelah penat bergambo sakan disini ~ berlatarbelakangkan puncak gunung kinabalu, kami bergerak pulang. Hasrat hati utk chek in di Kiram Village. Namun, tour leader kami En. Mahathir mencadangkan agar kami ke Desa Cattle. Mulanya saya keberatan sebab waktu memerah susu adalah jam 3pm. Mengikut pengalaman rakan forum cari, jika datang selepas jam ini, tiada lembu berkeliaran. Jadinye gambar nnt x dptlah berlatar belakangkan lembu2 new zealand hahaha... Tapi, En. Mahathir tegas mengatakan ada juga lembu2 berkeliaran... so, we all jus follow je. hmm cuma gambonye xla clear sgt sbb baru lepas hujan baa...
 
Susu segar perisa coklat ni mmg sedap sgt...Fresh!! Kami x berpeluang minum yang 'kosong' (tanpa perisa) sbb sudah abis dari pagi lagi huhuhu. Mungkin lebih sedap kot. Harga...RM 3/kotak
Memang sakan bergamba kat sini. walaupun ada bau2an... tapi tu semua kami x endahkan sebab pemandangan sini mmg marveles!! Bulan2 December mmg la musim hujan... adalah mustahil dapat bergambar dengan sinaran matahari huhuhu. Jam 6.00pm kami bertolak ke Kiram Village dan bermulalah episod masak memasak. Sememangnya di Kiram Village ada cafe dan bole buat utk group dish. Tapi masing2 nak makan homemade tomyam with bekalan sambal bilis n dendeng dari rumah... Sampai di Kiram, dah agak gelap. Jadi esok saje bergambar di Kiram ya... Lihat dulu menu kami utk dinner Day 1 di Mesilau... ;)
Tomyam seafood and ikan goreng RM 5 sepinggan (Ikan mentah yang dibeli di Pasar Basah)
Nilah hasil lokan yang direbus... sekejap je udah licin...yang tinggal hanyalah kulitnya... emak saya ckp...kalau kat Melaka, lokan ni dipanggil jugak = Buah Tanah... apa2 je lah mak ye... yang penting...mmg SODAP!!


Sunday, 11 December 2011

Cuti-cuti di Sabah - Day 1 part 1

Wah...lama betul blog ku ini dah bersawang... sibuk bebeno la gamaknye ye hehehe. Apapun, kebelakangan ni agak sibuk. Sibuk kerja....pastu sibuk plak arrange percutian keluarga ke Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau baru2 ni. Memang agak mencabar sebab ada 4 keluarga- 12 Adult, 8 Kanak2, 1 toddler n 1 infant. Ok ni itinerary kitorang....

Itinerary:

Day 1 , AHAD (4/12/2011)
9.20am – Arrival at KKIA T2 (1st group) pick up dan jalan2 Pasar Tamu (gaya Street market buka dari 630am – 1.00tgh)
10.30am – Arrival at KKIA T2 (2nd group) pick up dan jalan Pasar Tamu.
11.30 am – LUNCH at Restoren Seri Melaka
12.50 – Ke Kundasang
2.00pm - Singgah pekan Nabalu (gi toilet la n ada jugak yg sempat beli souvenior)
3.30pm – War Memorial Kundasang
5.30pm - Desa Cattle (cattle farm at Mesilau) Amik gambar n beli susu –RM 2 entrance
6.15pm - Check in Kiram Village Cabin - Strawberry n chillie cabin
               dinner tomyam seafood, Lokan rebus, ikan goreng, sambal ikan bilis n daging dendeng (masak sendiri + bekalan dari semenanjung)

Day 2, ISNIN (5/12/2011)
0600am Masak nasi goreng n sardin sandwich for Breakfast n check out
0815am Check out
0915 am Kg Luanti fish spa
1000am Sabah tea - minum teh sabah
1130am Poring hot spring
0130pm Pekan Ranau for Lunch at Restoren Seri Hasanah
3.30pm Pekan Kundasang Beli vege then singgah Kinabalu Park,
5.00pm Singgah Pekan Nabalu again for souvenior
7.30pm, lokan bakar, puding kelapa & minum kelapa bakar
8.30pm smpi kk, check in at marina court n masak
9.30pm Dinner (pucuk labu rebus, telur dadar, lokan bakar, sambal ikan bilis +dendeng)

Day 3 SELASA (6/12/2011)
0630am Breakfast (siap tapau utk lunch kat pulau) n heading to Jesellton Ferry terminal point Jetty
0830am Jeti near pasar filipini for island hoping di Pulau Manukan & Sapi
0200pm Balik berlabuh di Jetty Jesselton Point
3.00pm Lunch di McDonald
4.00pm Singgah Safma (Pasar Basah)
5.00pm Singgah pasar kraftangan n pasar filipin
0730pm balik marina court n masak for Dinner
8.30pm Dinner sup ikan merah, ketam goreng, ketam goreng bercili, rumpai laut


Day 4, RABU (7/12/2011)
0530am group 1 (me n family)- balik KL (flite 725am), Group 2 - Singgah Safma beli ikan fresh utk bwk balik
830am Breakfast n mandi manda kat kolam marina court
1200pm Solat n check out
1230pm lunch n jalan2 pasar kraftangan lagik
215pm Arrive at kkia
0345pm Depart to KL

Day 1
Tiba saja di KKIA terminal 2 jam 920am, kami dijemput oleh En Mahathir. Tapi driver kami pada hari itu ialah En Rudy. Kami di bawa ke Pasar Tamu. Pasar Tamu, Gaya Street hanya ada pada setiap hari Ahad dari jam 6.30pg hingga 1.00 tgh. Mmg ramai orang kat sini. We all ternampak orang jual lokan.Satu longgok RM5. Kami beli 2 longgok la....untuk direbus mlm nnt




Setelah puas cuci mata, kami singgah minum di Sugarbun Cafe. Kami carik kedai ala2 mamak xde plak huhuhu. Kat sini juz minum n makan fries je. Harga satu mangkuk fries RM 4.50. Air kopi RM 3.50 kalau x silap.... Harga standard KL la pulak kan.


Setelah hilang dahaga, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Besar KK. Kat sini kami beli beras,minyak, bawang,serai, etc utk masak tomyam malam nnt. Kami juga beli sotong dan udang (RM 13/kg) , pelbagai jenis ikan dlm satu pinggan RM5 di pasar basah. Ada ikan kerapu,ikan kerisi dan ikan berwarna warni (x tau ikan apa heheh). Masa sibuk membeli belah, 2nd grup sampai.... so, dorg trus ke Restoren Seri Melaka utk order mknn kami semua

Jam 11.50pagi kami beredar dari pasar menuju ke Restoren Seri Melaka yang hampir dengan Pasar Tamu. Kami pesan ikan merah masak asam, sayur manis sabah, chiken honey lemon, sotong goreng tepung dan telur dadar...Air sirap 2 jug. Total RM 242.00. Hehehe... masa ni kakak2 n che abe bising sbb mahal. Kalau bahagi 4 keluarga baru RM 60.50 kataku... Bolehlah... Tapi aku rasa tertipu dengan review dari blog yg pernah ku baca... katanya, ikan masak asam tu sedap GILER. Kalah asam pedas Melaka tambah blog tu lagi. SEBENARNYA ibu bapa kami orang Melaka. Jadiknye we all tau asam pedas orang Melaka mmg the best. Kakakku mmg pakar masak asam pedas... jadi bila kami makan disini, rasanya mmg x bole langsung disamakan dengan Asam pedas Melaka. Ikan merah Masak asam di restoren ini seperti ada campuran kari, kurang rempah dan masam sket... Tapi kalau bukan orang Melaka yang makan...mmg depa ckp sedap la asam pedas restoren ni. Apa pun, Sayur Manis Sabah mmg the best...sedap sgt... licin kami makan. Cuma ada campuran batang sayur manis yang agak keras huhuhu... ayam,sotong goreng tepung, telur dadar pon sedap. So, for me, eventhough mahal sket, xpelah merasa jugak makan di restoren ni...

Ok....panjang dah rasanya entry ni... akan sambung lagi di part 2...